Pages

Labels

Kemudahan di Kampung Pejuang Kelulit


Pembangunan dan kemudahan asas
Pada awal pembukaan kampung, penduduk kampung telah membina jalan kampung secara bergotong-royong bermula kampung Pejuang Kelulit, Kampung Padang sehingga Kampung Sulap Lada bermula tahun 1961.
Selain itu, Sungai Kelulit telah digali oleh penduduk kampung secara bergotong-royong sebagai sungai pintas sepanjang lebih kurang satu kilometer. Hasilnya, penduduk kampung yang mengunakan perahu dapat menjimatkan masa untuk sampai ke Kampung Pejuang Kelulit .
Kemudahan Jalan Raya
 Kini, jalan raya di kampung telah dibina oleh pihak kerajaan bagi kemudahan penduduk kampung mulai tahun 2007 untuk memudahkan penduduk kampung ke Bekenu dan Bandar Miri. Sekitar 2008, sebahagian jalan kampung telah diturap di bawah perbelanjaan kerajaan.  Manakala, pada 2009 jalan utama Kampung Pejuang dan Kampung Kuala Sibuti telah dinaiktaraf kepada jalan berturap.Kini pada tahun 2011, jalan berturap telah sepenuhnya dilaksanakan di Kampung Kelulit.   
Bekalan Elektrik dan Air
Permasalahan bekalan elektrik dan air bagi penduduk kampung kini akan selesai dengan adanya projek pembangunan yang melibatkan dua perkara asas tersebut.

Pusat pendidikan
Selain itu, Kampung Pejuang Kelulit juga mempunyai kemudahan lain seperti Taska , PERMATA Negara dan sekolah rendah untuk anak-anak kampung.
Balai Raya dan Masjid
Pembinaan balai raya dan masjid juga merupakan satu kemudahan yang sedia ada di kampung.
Pencawang Telekomunikasi
Memudahkan penduduk kampung untuk berhubung dengan lebih baik menggunakan telefon bimbit dan juga melayari internet.


 
Blogger Wordpress Gadgets